Tuesday, January 31, 2012

Kehadiranmu Kutunggu


Sayang…
Setiap hari aku menunggu kehadiranmu…
Setiap hari aku menunggu kedatanganmu…
Setiap hari aku memanjat doa padaNya agar aku dapat bertemu denganmu…

Sayang..
Setiap hari aku sabar…
Setiap hari aku redha…
Aku pasti dirimu akan hadir jua dalam hidupku…
Aku pasti kamu jua begitu…

Sayang…
Aku inginkan dirimu…
Datang dan temui diriku…
Kan ku katakan padamu, Aku sangat mencinta…

Sayang…
Andai kamu tahu yang aku menunggu kamu disetiap mimpi-mimpiku…
Andai kamu tahu aku sentiasa memohon padaNYA agar dipertemukan dengan dirimu…
Andai kamu tahu aku mengharapkan kehadiranmu disisiku…

Tapi Sayang…
Aku sedar yang aku harus bersabar…
Aku sedar aku harus menunggu sedikit masa lagi…

Setiap malam aku menangis, sayang…
Menanti kehadiranmu…
Kerana aku rindu untuk menceritakan segalanya padamu…
Kerana aku rindu untuk meluahkan apa yang aku rasa…

Sayang…
Andai kamu tahu betapa aku mengharapkan kehadiranmu disetiap malamku…
Andai kamu tahu betapa aku mengharapkan seseorang untuk menjadi Imam disetiap solatku…

Sayang…
Aku sentiasa menunggu kamu…
Aku sentiasa bersabar dengan apa saja dugaan yang Allah SWT tetapkan untuk aku…

Sayang…
Sesungguhnya aku tahu Sabar itu separuh daripada Iman..
Dan dengan kekuatan iman aku ini, aku tetap sabar menanti kamu…
Aku tidak lupa untuk memohon pada Yang Esa agar dipertemukan dengan kamu…
DIA yang tetapkan Jodoh buat kita…
Hanya DIA yang mengetahui segalanya…
Hanya DIA yang mengetahui bila kita akan bertemu…

Sayang…
Aku sudah penat untuk mendengar bicara teman-teman diluar sana…
Aku sudah penat untuk menjawab segala persoalan mereka…

Sedikit masa lagi… Aku sedar, sayang…
Cinta itu akan jadi milik kita… Jodoh kita adalah untuk selamanya… Sepanjang akhir hayatku…
Hanya kau yang kucinta… Hanya kau yang kurindu…
Kerana DIA yang tetapkan perasaan itu untuk kamu…
kerana DIA yang mengizinkan aku untuk mencintaimu…

Sayang…
Dimana sahaja kau berada, dengarlah bisikan hatiku…
Dengarlah setiap doa-doaku…
Kerana doaku untuk cinta kita…
Mohon lah padaNYA, sayang…
Agar kita bertemu suatu hari nanti…
Jika kita tidak bertemu disini, mungkin kita akan bertemu disana…
Di alam yang kekal selamanya…

Credit To : Tentang Cinta.  hahaha, nk jiwangg sat  :) - Aieyn Bf <3
p/s : my twitter and blog kena hacked 4 hari yg lalu. skrg baru dpt active balik.
Alhamdulillah kn. Jyeahh I'M LIKE A BOSS. oh one more, blog ni mmg simple xada chat.
Chat is under constuction and saya mmg seorang yg 'malas nk buad header'. tolong boley ?

Thursday, January 26, 2012

I got Love Letter From "Lip Ice Mentholatum"

Hai, Assalamualaikum.
Yeayy. I got Love Letter From Lip Ice :) soo sweet tittle right ? :)
*LIPICE is fun and fashionable, and it is suitable for all occasions and lifestyles. It's contains all the great stuff to keep yours lip soft, moisturise and healty throughout the day.

" i never stop using Lipice. "
lagipun cuaca panas skrg :) bagus kalau pkai lipbalm nk pegi mna-mna.
Yg kat atas sayang nk pkai lagipun still ada 'spare' 2 lagi kt rumah heee..

when i use Lipice " i'm like sooooo Awesome " ok that all. Thank You Lipice :*

Saturday, January 7, 2012

Empat Golongan Lelaki Ahli Neraka

Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke
neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak
kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar shalat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul
bebas di luar, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri
walaupun dia seorang alim, seperti tidak pernah lalai shalat, puasa
tidak ketinggalan. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita
jatuh ke pangkuan abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran
ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, bila ibu berbuat kemungkaran, pengumpat, &
sebagainya, maka anak itu akan ditanya dan diminta pertangungjawabannya
di akhirat kelak.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di
akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar
ayah atau suami atau abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah SWT; “Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”

Harga seorang muslim adalah sangat berharga. Allah SWT nilaikan seseorang
muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (siapa pun
yang mengucapkan kalimah tauhid), oleh karena itu janganlah kita
membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang Allah SWT
berikan pada kita.

Wallohu A`lam Bi Showab
source: ISDN