Monday, December 26, 2011

Wanita Sejati.

Picture by : FizGraphic.




Berpandukan kepada perkara-perkara ini, silalah semak di mana anda berada wahai para wanita berpaksikan ungkapan-ungkapan berikut:-

1. Wanita sejati bukanlah dilihat daripada kecantikan paras wajahnya, tetapi daripada kecantikan hati yang ada dibaliknya.

2. Wanita sejati bukan dilihat daripada bentuk tubuhnya yang mempesona,tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.

3. Wanita sejati bukan dilihat daripada begitu banyak kebaikan yang diberikannya,tetapi daripada keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.

4. Wanita sejati bukan dilihat daripada seberapa indah bunyi suaranya, tetapi daripada apa yang mulutnya sering membicarakan.

5. Wanita sejati bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi dilihat daripada bagaimana caranya berbahasa.

6. Wanita sejati bukan dilihat daripada keberaniannya berpakaian, tetapi dilihat sejauh mana dia berani memperteguh kehormatan.

7. Wanita sejati bukanlah dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia alami, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan syukur.

8. Wanita sejati bukanlah dilihat daripada sifat mudahnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana dia mempu menjaga kehormatannya dalam bergaul.

9. Wanita sejati bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda, tetapi dilihat daripada kekhuatiran orang jadi tergoda.

Sumber : Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj

Wednesday, December 14, 2011

Friday, December 9, 2011

Peringatan Pada Yang Lalai.

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”.  Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”.  Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air, sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara”.
  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”.
  1. Aku sedang berhadapan dengan Allah
  2. Syurga di sebelah kananku
  3. Neraka di sebelah kiriku
  4. Malaikat Maut berada di belakangku
  5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’
  6. Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik
Sambungnya lagi, “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud (mengucapkan dua kalimat syahadat yakni kepada Allah dan RasulNya) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”.

Apabila Islam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sabda Nabi, “Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya”.

Wednesday, December 7, 2011

JOM TAMBAH FOLLOWER

Aieyn join segmen ni sbb nk menambahkan kawan-kawan blogger.
lama dh tk berkawan-kawan nihh. so jom berkawan-kawan dgn Aieyn okayy :)
ohh. jom join sekali klik dkt banner atas okayy kawan-kawan ?
 
Tarikh tutup Ahad ini  (11.12.11) menjelang tengah malam..

Thursday, December 1, 2011

SEGMEN | 1st Anniversary Blog Lyssasecret

Haii , Assalamualaikum :) . hari ni Aieyn nk join segmen .
dari blog Kak Lyssa .


Blog Kak Lyssa mmg best..ada bnyak tips ! wohhoo meletopp ahh . mmg senang nk baca sbb cara penulisan pun bagus.  blog Kak Lyssa pun omeyy , wrna pink-pink gituuu.
i hope , blog akak akn sentiasa ada tips-2 yg menarik perhatian , huhu :)

Tarikh Tutup bagi Segmen ini :  1 Disember 2011 tepat jam 6.00 petang !
so , jom ramai-2 mengjoinkan diri sementara masa masih ada :)

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #3 Quotes


p/s : hanya orang-orang tertentu sahaja yg faham maksud diatas ^_^  ok GOODBYE for now !

Tuesday, November 29, 2011

We Should Read This.

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Sunday, November 27, 2011

Teacher NON-MUSLIM asked the students MUSLIM

Teacher NON-MUSLIM asked the students MUSLIM
  • Teacher : Can you see ALLAH?
  • Class : No.
  • Teacher : Can you touch ALLAH?
  • Class : No
  • Teacher : Then there isn't ALLAH!

*Student raises their hand and says*
  • Student : Sir, can you see your brain?
  • Teacher : No.
  • Student : Can you touch your brain?
  • Teacher : No.
  • Student : Oh okay, so you don't have a brain?
Share this if you're not embarrassed to tell others that you believe in Allah :)

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday #3 Love Quotes

it's true ? Only god know :)

Bagaimanakah anda boleh jimat dalam perbelanjaan barangan runcit?



Jom kita sama-sama pergi ke kedai runcit 1Malaysia untuk maklumat lanjut sila ke WEBSITE ini

Friday, November 4, 2011

Award To My 100 Followers !

Hai , Assalamualaikum kpda semua reader2 Aieyn :) Long time to me you know :(
and today i wanna thank to all my followers , yg Aieyn belum lagi follow tuhh tunggu ea !
Aieyn busy sikit 2'3 hari nih sbb dah nak raya kn ! *excited nk raya lettew
ohh ya , td off phone . to my friend Nik sorry okey ratusratus missed call
hakuu dpt , puluhpuluh voice mail , puluhpuluh jugak msg dri kau hakuu dpt :)
*hakuu tahu lh kau dpt free call , mcm lh takkda org lain nak call , haishhh

And bukan yg tuhh tittle yg sebenarnya .... haaaa ... yg nihh
Terima kasih , anda bertuah ea sbb jd followers Aieyn yg ke 100  ......


Yg nie , Aieyn beli 2 , so mmg berniat nk bgi dkt follower 1 bukan apa , hari tuhh pergi Jomheboh , beli dkt sana , harga murah jehh , harap terima lh ea ! k tata .


p/s : untuk follower Aieyn yg ke 100 tuhh , jgn lupa INBOX SINI okey :)
kepada followers yg dikasihi sekalian , Aieyn akan follow balik okey , tp lambat skit , BUSY !

Thursday, November 3, 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500

Nak join jugakk ? pastikan follower bawah 500 ea & klik banner diatas :)
Tarik Tutup : 11 November 2011, jam 2 petang



Aieyn nak promote skit klik sini Aieyn1 , Aieyn2 , Aieyn 3:)

Wednesday, November 2, 2011

Sunday, October 30, 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog..

Untuk julung kalinya , dua blog ini bergabung untuk membuat satu segmen ..  
Dan menariknya , kedua dua blog ini akan senaraikan url blog mereka yang join segmen ini ! Haaa.. Serentak okeh !!
1. okehh , persamaan yg ketara yg Aieyn tgk sendiri ialah .................
1.kedua-dua blog ni blog otai , femess gituu !
2.blog ini sangat simple tetapi comel dan kemas :)
3.blog Kak Lyssa bleh tgk tuto , blog Abg Ben bleh tgk web melalui iklan *kira sama lh jugakk !

2. Untuk memajukan blog ini.......
Aieyn rasa dh xperlu nak majukan dh sbb blog sys dan bro dh MAJU daaaa k !

TARIKH TAMAT SEGMEN : 8 MALAM INI !

Thursday, October 27, 2011

SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!

Kak Lyssa Kate : Tujuan Segemen Ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara bloggers - bloggers yang ada di dunia ini termasuk lah di Asia Tenggara , Asia Timur dan Asia Selatan ! haha. Okeyy . than Klik Banner untuk join jugak k !

Jawapan bagi soalan yg ditanya oleh Kak Lyssa :
1.Mengenai latar belakang Aieyn ? nama Aieyn , umo 15 tahun , trikh lahir 27 July , ank yg ke 3 drpda 4 org , ada 2org abg / 1org adk perempuan :D , suka warna putih , sayangg dkt coca & cola Aieyn [my rabbit] !

2.Act Aieyn buadd belog tertarik dgn artis , mcm Elyana , Zahiril Adzim , Farid Kamil , Zed Zaidi , Yana Samsudin , Hanis Zalikha , Nurul Elfira Loy , sbb tuhh la Aieyn buadd blog sbb nak kenal mereka hehehe !

3.They all lh yg menarik Aieyn untuk ceburkaan diri dlm dunia blog nihh *heeeee
*Tarikh Tutup : 27/10/2011 pukul 4.00 petang ! (Jangan Tunggu Lama - Lama !)

Wednesday, October 26, 2011

Jadi Pelajar yg Cemerlang

Hye uolls ? ini tips yg ke-2 dari Aieyn :) untuk readers yg akn menghadapi SPM this year !
oke , nk jd pelajar cemerlang nihh senang jehh , memula kita kena

1.Taat kepada Allah
-so , kita kena sentiasalah sembahyang dan baca al-Quran selalu...
2.Mendirikan sembahyang
-haaa yg nihh ,  buat lh sembahyang hajat tau tp kena sembahyang cukup 5 waktu , jgn pulakk sembahyang hajat tp takk sembahyang wajib *apa celoq ?
3.Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-yg ini mestilahh kn , always lh katakan , takkan nak exam baru nak buat ?
4.Hormati & sayangi guru

-selain ibubapa , guru adalah penting jugakk sebab dy yg mengajar kita
5.Bersungguh-sungguh
-haa yg nihh penting , mesti bersungguh sungguh , jgn lembiklembik pulak !
6.Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-oke , yg ini HARUS lh kn , sbb klau minat 1 jehh takkkan nak 1A jehh yg lain failedd ??
7.Berdoa dan bersyukur kepada Allah
-yg nihh last , WAJIB tauuu , dan jgn lupa sentiasa bertawakal , !

okeh itu jehh , abgabg kakakkakak , harap amalkan selalu yehh klau nak bejaya ! semua org nakk kan ?
do the best , buadd persediann dari sekarangg yehh , good luck , Assalamualaikum !!

Wordless Wednesday #1 Quotes

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

Aieyn nak JOIN KEMPEN nihh tau , klau ad yg nak JOIN jugak , klik dkt banner tuhh .
 
Mesti anda tertanya-tanya, macam mana nak tingkatkan jumlah followers dengan hanya menyertai KEMPEN ini.InsyaAllah follower anda akan bertambah dari masa ke masa tidak terhad dalam tempoh KEMPEN ini sahaja, Jadi, lagi ramai yang menyertai KEMPEN ini, lagi ramailah followers blog anda. Barulah namanya tingkatkan jumlah followers sambil saling bantu-membantu sesama blogger.
Kesannya, anda tidak akan rugi  apa-apa kerana ianya juga percuma dan mudah (Entry, Banner, Ayat menarik, Komen),  malah followers anda juga akan bertambah. Jom la sertai KEMPEN ini selagi masa masih ada Ingat! 
Anda tidak akan rugi malah keuntungan yang anda akan dapat pasti berbaloi. InsyaAllah
mari ramairamai join kempen ini untuk meningkatkan followers anda :)
Tempoh masa kempen : 
23/10/2011 - 29/10/2011 hingga jam 12.00 tengah malam

Monday, October 17, 2011

Kebaikan Single ? Single is Sweet ?

korang single ? kenapa single ? stress single ? boring single ?
silap sama sekali . actually Single is Sweet ;) 
disini saya sertakan beberapa kebaikan apabila kita berada di situasi ini ;)

1. Bebas
Dengan kebebasan yang ada , korang boleh buat apa sahaja yang korang suka , Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi korang ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan , korang juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu
.
2. Jadi rakan yang baik
Sememangnya tanpa kekasih di sisi, korang mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Korang boleh ke pergi kemana sahaja bersama-sama . Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan.
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak sudah besar dan mempunyai teman istimewa terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa korang. Bukan itu sahaja, korang juga boleh membantu mereka membuat kerja.Pasti,hubungan kekeluargaan akan lebih erat.
4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, korang boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan bolehh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan..korang juga boleh pulang ke rumah menikmati makanan ibu.Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 special lseperti hari kekasih , ulang tahun mereka dan sebagainya.

itulah diantara 5 kebaikan Single , Yg dh ada teman istimewa tuhh 
jgn pulakk baca entry ni terus mintak putuss ,
Amaran Keras--------- takboleh , sama sekali tidak boleh !