Monday, October 17, 2011

Kebaikan Single ? Single is Sweet ?

korang single ? kenapa single ? stress single ? boring single ?
silap sama sekali . actually Single is Sweet ;) 
disini saya sertakan beberapa kebaikan apabila kita berada di situasi ini ;)

1. Bebas
Dengan kebebasan yang ada , korang boleh buat apa sahaja yang korang suka , Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi korang ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan , korang juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu
.
2. Jadi rakan yang baik
Sememangnya tanpa kekasih di sisi, korang mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Korang boleh ke pergi kemana sahaja bersama-sama . Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan.
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak sudah besar dan mempunyai teman istimewa terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa korang. Bukan itu sahaja, korang juga boleh membantu mereka membuat kerja.Pasti,hubungan kekeluargaan akan lebih erat.
4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, korang boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan bolehh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan..korang juga boleh pulang ke rumah menikmati makanan ibu.Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 special lseperti hari kekasih , ulang tahun mereka dan sebagainya.

itulah diantara 5 kebaikan Single , Yg dh ada teman istimewa tuhh 
jgn pulakk baca entry ni terus mintak putuss ,
Amaran Keras--------- takboleh , sama sekali tidak boleh !

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.